Monday, June 25, 2007
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(Surah Al-Baqarah, Ayat 214)
Ujian & cubaan dari Allah itu datang dalam berbagai bentuk, cuma adakah kita sedar itu adalah ujianNya .... Adakah kita sabar dalam menghadapi semua itu? Gaji lambat, kena marah dan kereta dilanggar orang pun ujian juga...bank call sebab ada tunggakan dan debt collector perli pun ujian yang perlu dihadapi. On the other hand, bila gaji naik, dapat bonus, rezeki murah & semua masalah settle pun ujian juga...adakah kita bersyukur terhadap nikmat ini.
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(Surah Ar-Ruum, Ayat 37)
Oleh itu bila kita dapat gaji lebih atau promotion, ingatlah itu ujian Allah pada kita dan begitulah sebaliknya. Kalau orang lain pulak yang murah rezeki, janganlah dengki sebab itu juga ujian untuk kita. Kalau orang lain yang kena buang kerja atau tindakan disiplin, jangan lah kita kata padan muka.. itu ujian untuk dia dan juga mungkin kita juga. Walau apapun, secara terkumpul, itulah bekalan kita nanti ...dalam menentukan layakkah kita ke syurga Allah.
The list could go on and on ... kena berdiri dalam tren yang padat pada masa kita sangat letih balik kerja dan bila sampai di rumah, rumah kita dah jadi tongkang pecah. Make things worse, kena pulak masak sebab anak kita dah nak pegi tuisyen atau suami dah nak kena keluar. & kita pulak rsa cam nak demam....tp semuanya ada hikmahnya.
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.(Surah Al-Anfaal, Ayat 28)
I do not want to say much as I am not the expert on the matter. But to be reminded on the verses make me realise the extent of the feeling to the love ones... it is really unlimited. However, despite that, our love ones is just being borrowed to us. Are we ready to accept that they shall be taken away from us, sooner or later, either in the form we are the one who leave or otherwise? I guess that is when 'Iman' plays its role...and we call it 'redha'
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.(Surah Saba’, Ayat 21)
Next time, bila terlambat bangun Subuh ...janganlah kita mudah menyalahkan syaitan, sebab kuasa memilih itu di tangan kita. Dan kita akan di adili atas pilihan kita .... syaitan itu memang akan sentiasa cuba untuk mengajak kita ke jalan yang salah.... mereka juga ujian untuk kita.
Subscribe to Posts [Atom]