Wednesday, August 23, 2006

Akhirnya Siti Nurhaliza kawin dengan Dato' K dan bergelar Datin. Although, saya tak mengikuti kisahnya dan majlis perkahwinannya, despite being and will be aired live, kak ani has to express my opinion on this matter. Bukan kerana Siti, ia adalah umum, cuma pernikahan Siti menjadikan ianya lebih bermakna.
Setelah berkahwin 20 tahun dan dikurniakan 4 orang anak, Dato' K menceraikan YM Tg Zawiah. Kata beliau ia tidak dapat dielakkan, dengan atau tanpa Siti, perceraian akan berlaku. Yalah jodoh itu di tangan Tuhan, (biarpun Allah menyuruh kita berdoa kerana itu usaha untuk mengubah ajal & jodoh) bukan itu yang nak dipersoalkan.
Dato K berusia 27 tahun sewaktu berkahwin dulu, dan sepanjang perkahwinan tersebut saya percaya ianya tidak bermula dengan kesenangan hidup. Saya percaya banyak perkara susah & senang, manis & pahit telah dilalui bersama, sebab masing-masing tiada pengalaman. Jadi tentu banyak trials & errors terjadi. Setelah 20 tahun, ataupun setelah kesusahan semakin hilang & anak-anak dah besar (kepenatan menjaga anak semasa kecil dan lasak dulu), isteri diceraikan kerana telah jatuh cinta dengan wanita berusia 27 tahun. Ironiknya, wanita muda juga jatuh cinta kepadanya dan tanpa rasa bersalah atau malu mahu menghebohkan kepada dunia akan cintanya. Kegembiraannya memiliki bekas suami orang mahu dikongsi dua negara tanpa tersentuh hatinya akan kesedihan anak-anak yang mungkin tertanya-tanya kenapa ayah mereka meninggalkan mereka untuk bersama orang lain. Simboliknya, Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga mahu mengadakan kajian mengapa gadis memilih lelaki berusia (tanpa mengira beristeri atau tidak) untuk dijadikan suami.(Utusan Malaysia hari ni 24 Ogos 2006). Saya pun tak tau nak komen, Siti ni perempuan ker tidak.
Walau apapun buat masa ini, saya berdoa kejadian menimpa Tg Zawiah tidak akan berlaku kpd saya & wanita lain , kecuali mereka yang seangkatan dengan Siti. Untuk Siti, doa kebahagian saya bukan untuknya.
Seperkara lagi ialah kejadian anak-anak seawal umur 9 tahun 'adopting' punk style di Pudu semalam, 23 Ogos 2006. Ini yang husband saya nampak sewaktu dia ke Pudu semalam (area Pudu Jail). Sekumpulan budak-budak ni berambut trojan dan berpakaian yg tak tau nak kata pakaian ke tak..sebab semuanya cam tak cukup kain, baik lelaki maupun perempuan, melepak kat depan kedai. Duduk atas bonet kereta orang tanpa menghiraukan samada tuan kereta tu ada ke tidak. Berulang alik masuk kedalam hotel berdekatan, berpeluk-pelukan sesama sendiri tanpa mengira jantina dan pendek kata "just mind their own business in bright day light".
Yang menyedihkan lagi, mereka adalah berbangsa melayu & sepatutnya beragama Islam. Bangsa lain yang beragama lain disitu tidak pula berkelakuan seperti itu. Apa yang saya takutkan kelakuan sedemikian akan berterusan dan menjadi satu kebiasaan kepada masyarakat. Sebenarnya, saya sangat takut ianya berlaku kepada anak-anak saya. Semoga Allah S.W.T. menjauhkan kesesatan dan perkara yang mungkar dari kami. Semoga kami sentiasa mendapat rahmatNya dan hidayah dariNya.
Disamping itu, saya harus juga memikirkan apa yang patut dilakukan selain dari doa untuk mengelakkan keadaan ini berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Rasanya mengharapkan langkah proactive ataupun post active dari kerajaan atau pihak berkuasa seperti menunggu buah yang tak gugur. Masalahnya saya tiada jaminan untuk memastikan keadaan seperti diatas tidak akan berlaku kepada anak serta anak sedara saya....dan anak kawan2 serta orang-orang lain.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]